|
Post by Kechik Abasso on Oct 31, 2007 10:57:17 GMT -5
Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai saingan dalam pasaran, kami mementingkan aspek estatik dalam penghasilan produk-produk kami. Aspek keindahan rekaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam menarik minat pelanggan untuk membeli produk kami. Kesemua rekaan yang dihasilkan adalah idea segar dan asli namun kami kekalkan stail rekaan ala barat iaitu pengaruh rekaan dari Eropah dan Amerika Syarikat.
Tidak dinafikan pasaran di negara kita pada masa kini dipenuhi dengan kemeja-T rekaan stail Hong Kong yang menggunakan banyak warna, rekaan yang berbentuk ekspresi serta rekaan yang padat. Bagi keluaran syarikat kami pula, kami lebih gemar mencipta kelainan dan mementingkan rekaan yang mudah dan minimum.
Sememangnya rekaan yang dihasilkan menonjolkan logo syarikat kami iaitu gabungan simbol bulan dan bintang. Banyak tafsiran mengenai symbol bulan dan bintang yang ada seperti, symbol agama, symbol magik dan macam-macam lagi. Bagi kami ia adalah simbol kekuasaan dan penaklukan.
Di sini bukanlah maksud kami ingin menguasai dan menakluk sesebuah negara, tetapi kami ingin mewujudkan rasa yakin dari pengguna kami terhadap produk yang d**eluarkan dan kami ingin pengguna berasa selesa dengannya. Jika rezeki, mungkin juga produk kami ini mampu menakluk negara-negara di rantau ini, insyallah.
|
|