|
Post by Kechik Abasso on Oct 31, 2007 10:58:43 GMT -5
Jika mengikut graf dan perancangan, syarikat kami masih baru dan masih dalam proses pengenalan (Intro). Pada peringkat ini kami membuat pelaburan dalam memperkenalkan jenama GRANDFATHER kepada masyarakat di sekeliling, khususnya kepada masyarakat Malaysia.
Selain memuatkan iklan di majalah dan internet, kami juga memperagakan produk dan jenama kami melalui artis-artis yang muncul di kaca televisyen. Sememangnya kami menggunakan pelbagai bentuk media dalam langkah promosi dan ia memerlukan pelaburan dan perbelanjaan yang besar.
Untung dan rugi adalah adat dalam perniagaan. Semua orang mahukan keuntungan dan begitu juga perniagaan kami. kami adalah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan dalam proses menarik lebih ramai pelanggan dari semasa ke semasa. Oleh itu graf prestasi dan keuntungan syarikat adalah ditahap memuaskan.
|
|