|
Post by Kechik Abasso on Oct 31, 2007 11:01:19 GMT -5
Hala tuju perjalanan GRANDFATHER dalam bidang pengiklanan - posted 12/15/2006
Hala tuju perjalanan syarikat GRANDFATHER dalam bidang pengiklanan adalah seperti menaja lebih ramai artis tempatan dan luar negara untuk memperagakan produk keluaran kami serta membuat lebih banyak iklan di media massa tempatan seperti di kaca televisyen dan lain-lain majalah di negara kita.
Bagi kami golongan artis mempunyai ramai peminat dan golongan atlit sukan-X pula mempunyai lebih ramai pengikut. Mereka adalah idola kepada golongan remaja dan golongan dewasa serta mempunyai pengaruh yang tinggi. Golongan remaja amat mudah tertarik dengan stail pakaian serta pemakaian idola-idola mereka, lebih-lebih lagi rekaan pakaian yang kami keluarkan ini mengikut trend terkini.
Menaja para atlit sukan X-treme dalam pertandingan dan menganjur sukan X-treme juga adalah agen penting bagi mengiklankan produk-produk yang d**eluarkan. Itu adalah antara rancangan yang kami susun untuk masa hadapan dalam mempromosikan jenama dan keluaran GRANDFATHER agar d**enali dengan lebih meluas.
|
|