Post by Kechik Abasso on Oct 31, 2007 11:03:17 GMT -5
Perniagaan ini bermula pada bulan Jun 2006 secara rasminya dengan nama GRANDFATHER Wear & Clothing Enterprise bertapak di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Perniagaan ini telahpun bermula secara tidak rasminya pada awal April 2006 dengan jualan Kemeja-T pertama kami, model ¡¥Limited-Edition¡¦ (masterpiece). Untuk keluaran edisi pertama itu kami mengeluarkan rekaan ¡¥master-piece¡¦ serta tidak ada cetakan semula. Pada masa itu kami masih lagi dalam proses eksprimentasi iaitu menguji penerimaan pasaran terhadap keluaran jenama baru dari kami.
Ide asal untuk perniagaan dengan jenama dan produk sendiri ini lahir pada tahun 2005 tapi pada masa itu semuanya dalam perancangan serta dalam proses pencarian ide. Perniagaan kami bermula dengan penghasilan kemeja-T yang mempunyai rekaan yang menarik, berkualiti serta mempunyai harga yang berpatutan dengan pasaran di negara kita apabila edisi kedua kami hasilkan dengan lahirnya lima rekaan terbaru beserta pilihan reka corak dan warna-warna yang menarik.
Seterusnya syarikat kami juga ada mengeluarkan papan-luncur (skateboard) GRANDFATHER dengan rekaan sendiri manakala papannya pula diimport dari kilang luar negara.
Pengaruh muzik-muzik band dari luar negara dan tempatan serta aktiviti agresif sukan Ekstrim juga adalah sebagai elemen penyumbang kepada tercetusnya ide untuk menghasilkan produk-produk ini.
Lahirnya ide meletakkan nama ¡¥GRANDFATHER¡¦ sebagai jenama produk kami tercetus apabila kami ingin mencari nama-nama yang mudah untuk diingati dan disebut. Kami dapati agak jarang adanya produk tempatan yang menggunakan jenama seperti kami.
Ada juga pelanggan kami mempersoalkan ¡§kenapa GRANDFATHER?¡¨ Bagi kami ia sesuatu yang menarik jika ada orang yang mempersoalkannya. Bagi kami perkataan ¡¥GRANDFATHER¡¦ agak unik.
Selain itu, jenama GRANDFATHER ini juga mempunyai moto tersendiri, iaitu ¡¥Leader that influence you¡¨. Ini juga adalah sebagai satu mesej secara spontan, ide kami mengingatkan tentang pengaruh positif orang-orang terdahulu yang banyak mempengaruhi kita.
Jenama GRANDFATHER ini menekankan kepada konsep dan ideologi tersendiri. Konsep yang kami tampilkan adalah dipengaruhi unsur-unsur ala ketenteraan. Kebanyakan warna pakaian yang kami hasilkan adalah menggunakan warna-warna gelap, warna tanah dan warna tumbuhan. Berdasarkan pemerhatian dan kajian pasaran yang kami lakukan, konsep warna ketenteraan ini juga adalah atas kehendak pasaran masa kini.
Sasaran jenama ini adalah kepada golongan remaja dan golongan dewasa. Dengan menekankan tiga bidang sebagai inspirasi dalam penghasilan kemeja-T rekaan kami iaitu dalam bidang muzik, sukan ekstrim dan stail jalanan (street style). Produk pakaian yang dihasilkan adalah lebih berbentuk relaks dan kasual.